
Antara design poster yang terbaru, tidak banyak effect software yang digunakan supaya ia nampak lebih jelas dan bersahaja.. Poster ini akan ditampalkan di setiap papan kenyataan khususnya di kampus UMP pekan atas tujuan mengimarahkan lagi suasana masjid di sana.. Mudah-mudahan ianya menjadi asbab turunnya hidayah Allah kepada sahabat-sahabat yang melihat dan membacanya..
Dibawah ada saya titipkan maksud hadis riwayat bukhari & muslim seperti yang dimuatkan dalam poster di atas.. Semoga ia menjadi satu perkongsian yang bermanfaat.. :-
"Seandainya engkau mengetahui keutamaan ke Masjid nescaya mereka akan berlumba-lumba, Dan seandainya mereka mengetahui keutamaan sepertiga malam yang awal dan subuh nescaya mereka akan datang padaku walaupun merangkak"...
Dari kemuncak perbicaraan hadis di atas dapatlah kita mengerti dan kita faham betapa pentingnya untuk kita solat secara berjemaah di masjid.. Marilah sama-sama kita bina kembali saff-saff yang lurus, rukuk dan sujud bersama-sama.. Tiada lagi saat yang paling indah dan bahagia dalam kehidupan ini selain waktu kita berkumpul dan berdiri bersama dalam saff yang lurus kemudian kita sujud kerana cinta & rindu padaNya, lalu air mata pun berlinangan kerana memohon keredhaanNya... Allahuakbar,,, manisnya nikmat iman yang kau berikan ya Allah, kekalkan lah ia dalam hati-hati kami... Amin.